Wednesday, January 15, 2020

Gugusan Bintang (Star Cluster)


Dalam mempelajari ilmu astronomi tentunya terdapat pelbagai perkara menarik untuk kita terokai dan amati tentangnya.Antaranya gugusan bintang dan gugusan galaksi. Gugusan bintang ataupun lebih dikenali sebagai star cluster adalah kumpulan bintang yang mempunyai karakteristik yang sama, dan disebabkan itu mereka berasal di kawasan yang sama. Gugusan bintang ini boleh diklasifikasikan ke dalam dua kategori iaitu gugusan terbuka dan gugusan glob. Manakala gugusan galaksi pula


GUGUSAN BINTANG GLOBULAR( GLOBULAR CLUSTER)

Gugusan bintang glob ataupun globular cluster pula merupakan satu kumpulan bintang yang menarik dan kemas. Dari segi susunanya, gugusan bintang glob ini lebih padat dan berbentuk seperti bola. Di dalam galaksi bima sakti yang kita diami ini, terdapat lebih dari 150 gugusan bintang glob ini yang telah dikenalpasti. Ia mengandungi puluhan ribu sehingga sejuta bintang.Dengan mengkaji bintang-bintang di dalam gugusan bintang ini dapat membantu ahli astronomi untuk menganggar umur alam semesta ini dan untuk mengetahui dimana terletaknya pusat galaksi. Diameternya mencapai 10 tahun cahaya hingga 30 tahun cahaya.  Diameternya mencapai 10 tahun cahaya hingga 30 tahun cahaya. Sebahagian besar daripada bintang-bintang di dalam gugusan bintang glob ini terdiri daripada bintang-bintang berumur tua. Gugusan bintang glob ini mengandungi jumlah bintang mencapai sepuluh ribu hingga ke sejuta buah bintang di dalamnya.
Terdapat lebih 150 gugusan bintang glob yang telah dikenal pasti bearada di dalam galaksi bima sakti ini.Sebahagian daripada gugusan bintang glob ini boleh dilihat dengan mata kasar anpa bantuan alat optik. Sebagai contoh, Messier 13 (M13) di dalam buruj Hercules. Ianya lebih cantik dan menarik untuk disilihat dengan menggunakan teleskop. Kebanyakan daripadanya tersebar dengan meluas di latitud galaksi manakala satu per tiga daripadanya tertumpu pada pusat galaksi.



Gambar 1: Gugusan Bintang Glob Omega Centauri (NGC 5139)

     Gugusan bintang Omega Centauri  adalah gugusan bintang globular  yang paling terang, dan paling besar di galaksi kita, Bima Sakti.  Ia mempunyai gelaran NGC 5139 dalam Katalog Umum
Baru (New General Catalogue). Ia adalah salah satu daripada beberapa kelompok globular yang dapat dilihat dengan mata kasar . Akan tetapi ianya lebih menarik jika dilihat dengan bantuan alatan optik seperti teleskop. Ia dinamakan oleh Johann Bayer pada tahun 1603 sebagai objek ke-24 paling terang dalam buruj Centaurus pada magnitude +3.7. Ia menyerupai awan kecil di langit selatan dan sering disalah anggap sebagai komet. Mempunyai kira-kira 10 juta bintang dalamnya dengan diameter kira-kira 150 tahun cahaya.Kelompok ini terletak pada jarak 15.800 tahun cahaya dari Bumi.
 
       Kelompok globular dianggap sebagai satu perhimpunan bintang yang berkongsi tarikh kelahiran
 yang sama dan komposisi kimia yang sama. Walau bagaimanapun, berbeza dengan Omega Centauri
 yang menunjukkan rentang usia bintang yang luas, dari 12 bilion tahun kepada  bintang muda, dan
 komposisi kimia yang berbeza-beza.Oleh sebab itu, sesetengah ahli astronomi berspekulasi bahawa
 Omega Centauri ini sebenarnya bukan satu gugusan bintang globular,tetapi galaksi kerdil dilucutkan
 dari bintang-bintang luarannya, atau apa yang tersisa dari nukleus galaksi kerdil, yang telah ditarik
 oleh graviti Galaksi Bima Sakti.
 
 
 



GUGUSAN BINTANG TERBUKA

Gugusan bintang terbuka atau open cluster adalah satu kelompok bintang yang berbeza daripada gugusan bintang glob. Gugusan bintang terbuka ini berada dalam susunan yang agak longgar dan tidak teratur.

Empat gugusan bintang terbuka yang telah dikenali semenjak zaman dahulu adalah, Pleiades dan Hyades di dalam buruj Taurus, Praesepe (sarang lebah) di dalam buruj Cancer, dan Coma Berenices. Gugusan bintang Pleiades di anggap amat penting bagi sesetengah orang dahulu kerana terbitnya ia pada waktu tenggelamnya matahari menunjukkan bermulanya tahun baru mereka.




Gambar 2:Gugusan Bintang Terbuka Pleides

Gugusan bintang terbuka Pleides juga dikenali sebagai Seven Sisters atau M 45. Ia merupakan satu gugusan bintang muda yang terletak di buruj Taurus kira-kira 400 tahun cahaya daripada sistem solar. Kelompok ini mengandungi beratus-ratus bintang, dimana hanya segelintir yang biasa dilihat oleh mata kasar. Bintang-bintang Pleiades yang paling cerah kelihatan dikenali sebagai Seven Sisters. Antaranya, Asterope, Taygeta, Maia, Celaene, Electra, Merope, dan Alcyone. Mereka merupakan anak-anak kepada Atlas dan Pleione yang telah berubah menjadi bintang mengikut mitologi Yunani. Ianya cukup terang untuk dilihat dengan mata kasar, namun terlalu cerah untuk teleskop berketepatan tinggi.
Gugusan bintang Pleides ini dipenuhi oleh bintang-bintang panas biru dan bercahaya yang telah terbentuk dalam tempoh 100 juta tahun yang lalu. Refleksi nebulositi yang kelam di sekitar bintang-bintang yang paling terang pada mulanya dianggap sebagai suatu tinggalan daripada pembentukan gugusan bintang, tetapi kini setelah dikaji ia merupakan  satu latar belakang debuan awan yang tiada kaitan dengan Pleides di dalam medium antara bintang. Ianya hanya sekadar bintang-bintang Pleides sedang melalui debuan awan tersebut.


Gambar 3: Gugusan Bintang Beehive

Seterusnya, Messier 44 (M44), juga dikenali sebagai Beehive Cluster atau Praesepe (Manger), juga tergolong di dalam kumpulan bintang terbuka dalam buruj Kanser. nama Praesepe, berasal dari perkataan Latin yang bermaksud "palungan" atau "buaian."Praesepe merupakan gugusan bintang terbuka yang cerah, besar berada dikedudukan yang jelas iaitu pada magnitud 3.7. Ia terletak pada jarak 577 tahun cahaya dari Bumi. . Ia mempunyai gelaran NGC 2632 dalam Katalog Umum Baharu. Sungguhpun ia cerah dan besar, gugusan bintang terbuka Beehive ini tidak mampu menandingi kecerahan gugusan bintang Pleides dan galaksi Andromeda.

Selain daripada itu, gugusan binatang M44 juga merupakan salah satu gugusan bintang yang hampir dengan bumi dan ianya mudah dilihat tanpa bantuan teropong. Ia kelihatan sebagai satu tompok cahaya yang terang pada mata kasar. Gugusan bintang terbuka ini paling menarik dilihat menggunakan teropong dan teleskop kecil. Praesepe mengandungi sekurang-kurangnya 1,000 bintang yang terikat secara graviti. Bintang-bintang yang cerah dan besar kebanyakannya tertumpu di kawasan tengah, bintang yang  kurang besar ditemui dalam halo gugusan bintang. Jumlah jisim gugusan bintang Praesepe dianggarkan 500 hingga 600 jisim suria.


Galaxy Cluster
               Selain daripada dua jenis gugusan bintang yang disebut di atas, galaksi juga mempunyai gugusan seperti bintang yang digelar gugusan galaksi atau galaxy cluster dan supercluster.
 
                Galaxy cluster merupakan suatu struktur yang terdiri daripada mana-mana dari beratus hingga ribuan galaksi yang terikat bersama dengan graviti dengan jisim yang sama dari 1014-1015 jisim matahari.Mereka adalah  satu struktur yang terikat dengan  graviti yang paling terkenal di alam semesta dan dipercayai sebagai struktur terbesar yang diketahui di alam semesta sehingga tahun 1980-an, sebelum superclusters ditemui. Antara gugusan galaksi yang ditemui adalah Virgo cluster,Hydra cluster dan Centaurus cluster.
 
 
 
 
 
                        
 

Gambar 4: Rangkaian Markarian di dalam gugusan galaksi Virgo

Rantaian Markarian terdiri daripada 8 galaksi terang yang muncul di sepanjang garis melengkung di sempadan buruj Virgo dan Coma Berenices. Ia dinamakan sempena nama ahli  astrofizik Armenia, Benjamin Markarian, yang menemui sekurang-kurangnya tujuh galaksi yang bergerak ke arah yang sama pada kelajuan yang sama. Galaksi yang kelihatan di dalam rajah di atas adalah sebahagian daripada gugusan galaksi virgo, yang mengandungi lebih dari seribu galaksi. Pusat gugusan galaksi Virgo terletak sekitar 54 juta tahun cahaya.

Supercluster pula merupakan antara struktur terbesar dalam Alam Semesta yang diketahui. Mereka terdiri daripada kumpulan-kumpulan, seperti Kumpulan Tempatan kita sendiri (virgo cluster), yang mengandungi berpuluh-puluh galaksi, dan kelompok besar-besaran yang mengandungi beratus-ratus galaksi, semuanya saling berkaitan dalam web filamen. Walaupun struktur ini saling berkaitan, mereka mempunyai sempadan yang jelas.

Kumpulan Tempatan kita ,Virgo Cluster  berada di dalam superkluster Virgo dimana ianya terletak didalam Laniakea Supercluster  yang bermaksud syurga yang sangat besar dalam bahasa orang Hawai. Supercluster yang paling besar di dalam alam semesta kita yang boleh dilihat adalah Great Attractor dimana superkluster tempatan kita (Virgo Supercluster) termasuk Bima Sakti sedang bergerak kearahnya dalam beberapa ratus kilometer per saat. Manakala supercluster yang terbesar di luar alam semesta kita adalah Hercules-Corona Borealis Great Wall.